19 May 2010

Pak Abu


Nama penuh : Abu Seman Awang Besar
Media : Cat minyak, Cat Air, Pastel , Pen/Dakwat
Aliran : Realisme

Beliau lahir pada tahun pada tahun 1952. Sudah melukis semenjak kecil sebagai hobi. Beliau gemar memerhatikan alam dan melukisnya dengan pensel atas kertas setelah pulang ke rumah. Beliau tidak belajar melukis secara formal. Hanya pada awal 1980an beliau mula belajar dari kawan-kawan beliau yang terdiri dari pelukis-pelukis cat air terkenal Kelantan seperti Cikgu Mokhtar Abdullah, Ismail Mat Hussin dan Cikgu Zakaria Abdullah. Beliau seorang guru matematik di sebuah sekolah menengah kerajaan. Di samping itu beliau juga mengajar mata pelajaran pendidikan seni. Untuk menambah pengetahuan beliau menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan seni visual di Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala lumpur selama satu tahun pada tahun 1990. Namun ia tidaklah membantu dalam meningkatkkan kemahiran beliau dalam teknik-teknik melukis. Pada tahun 1980an beliau mula melanggan majalah seni lukis dari Amerika Syarikat iaitu The Artist dan American Artist. Majalah-majalah ini banyak membantu beliau dalam memperbaiki kemahiran. Selain itu beliau banyak membaca buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik melukis. Dari situ beliau memperbaiki kemahiran dalam penggunaan bahan dan alat. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah (attach ke bahagian grafik) di sebuah institut perguruan di Semenanjung. Beliau pernah menjawat sebagai Penolong Setiausaha Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI) pada penghujung tahun 1980an. Ketika itu juga beliau diberi peluang oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan untuk mengajar seni lukis untuk orang-orang dewasa pada setiap hari Khamis.



1 comment:

Mawar Hina said...

lama tak jumpa pak abu :(
semoga pak abu dan mak yah sihat :)
amin. sronok baca pak abu dah jadi pensyarah :)

ainun nasibah
PISMP JAN 2010
IPG KSAH.